Dulu aku selalu terfikir, hinakah aku jadi lonely? Hinakah aku bila aku jadi diri sendiri dan buat keputusan sendiri tanpa ikut jejak orang ramai? Hina ke makan sorang2? Hina ke jalan sorang2?
Dulu memang ya, aku rasa terhina. Tapi bukan benda tu yg hina, tapi disebabkan orang lain yang hina apa yang aku buat.
Disebabkan diorang yang terlampau judgemental dengan kehidupan aku, jadi diorang hina apa yang aku buat dimata yang diorang benda tu pathetic. Jadi lonely.
Tapi bila aku tengok friendship diorang yang toxic, aku rasa puas, aku rasa padan muka diorang. Better jadi lonely macam aku, drpada jadi sahabat yang hipokrit macam diorang.
Jadi lonely ni x lah teruk mana, best juga kadang2. Kau tak terikat dengan apa2, you can lead your life the way you want it to be. Kau ada masa untuk life kau drpd terpaksa fikirkan hal orang lain.
Think about it, aku sepatutnya happy je jadi lonely, tak sepatutnya aku malu dan rasa terhina. Tak sepatutnya aku makan kata2 mereka. Aku patutnya bersyukur, banyak lagi orang yang hari2 dia berdoa untuk keluar drpada friendship or relay toxic yang akhirnya hanyalah buat kita sakit hati.
Tapi aku taklah kata jadi lonely everytime is good. But, sometimes dalam hidup kita tak perlu ikutkan apa yang orang buat. Sometimes kita tak perlu dengar pun kata2 buruk yang orang bagi kita.
Sometimes ada baiknya bergerak sendiri, dan jadi diri sendiri tanpa perlu sentiasa mengharapkan orang lain. Belajar untuk adapt hidup tanpa hanya melihat jari telunjuk orang. Hidup dengan bebas, dan carilah jalan hidup yang sesuai dengan kita.
It's okay to be by yourself, because it will make us stronger and independent. Apa orang panggil, "solitude".
Hidup kita akan lebih pathethic bila dimana kita tiada jati diri dan hanya bergantung pada orang lain. Kerana tidak setiap masa orang akan ada bersama kita, dan tidak setiap masa orang akan hargai kita.
Be yourself, jangan malu untuk jadi diri sendiri, dan jangan malu untuk bergerak sendiri. Dan kalau pun kau seorang introvert, janganlah malu dan hina diri sendiri. Apapun love yourself dan jangan dengar cakap orang k.