Sunday, January 9, 2022

Kosong dan Hilang

 Aku merenung skrin laptop yang terpapar, rasa blank, rasa kosong sahaja fikiran ini tanpa sebarang idea. Ter tanya kemana hilangnya diriku yang dulu, yang sentiasa dilimpahi idea-dea bernas dan mampu berfikir dengan pantas untuk menyelesaikan masalah yang ada. Aku menghela nafas berat dan panjang, rasa perit dan berat di dada hanya tuhan yang tau. Aku tertanya, mampukah aku hadap semua ini, kenapa Tuhan beri aku ujian sebegini. Rasa sedih, sebak bila terasa aku telah hilang diriku yang dulu. Aku rindu Nas yang dulu, aku rindu dia. Nas yang bijak, ceria dan sentiasa tidak pernah patah semangat. Sekarang? Aku bukan lagi diri aku yang aku kenal. Aku bukan lagi Nas yang sentiasa kuat dalam hadapi situasi apapun. Aku bukan lagi Nas, lalu siapa aku sekarang? Adakah aku yang sekarang lebih baik? Atau lebih buruk? Rasa ngantuk ini makin membuak-buak, rasa nak lari dari realiti yang ada. Tapi sedar, sejauh mana pun aku pergi ,realiti akan sentiasa bersama, dan aku takkan boleh lari darinya. Mahu tak mahu, aku terpaksa telan jua kesakitan ini, terpaksa hadap juga meskipun jika suatu hari nanti aku akan gagal. Jadi aku terpaksa hadap juga. Sebab ini realiti yang ditakdirkan untuk aku. Kecewa, sedih, sakit, perit, pedih, akan ku telan semuanya kerna memangg itu takdir aku setakat ini. Jadi biarlah aku berikan sedikit bahagia dalam hidup ini dengan melakukan apa yang aku suka, main game, drama, video. Sekurangnya, ada bahagia sedikit untukku. 


Kosong dan Hilang

  Aku merenung skrin laptop yang terpapar, rasa blank, rasa kosong sahaja fikiran ini tanpa sebarang idea. Ter tanya kemana hilangnya diriku...