Aku merenung skrin laptop yang terpapar, rasa blank, rasa kosong sahaja fikiran ini tanpa sebarang idea. Ter tanya kemana hilangnya diriku yang dulu, yang sentiasa dilimpahi idea-dea bernas dan mampu berfikir dengan pantas untuk menyelesaikan masalah yang ada. Aku menghela nafas berat dan panjang, rasa perit dan berat di dada hanya tuhan yang tau. Aku tertanya, mampukah aku hadap semua ini, kenapa Tuhan beri aku ujian sebegini. Rasa sedih, sebak bila terasa aku telah hilang diriku yang dulu. Aku rindu Nas yang dulu, aku rindu dia. Nas yang bijak, ceria dan sentiasa tidak pernah patah semangat. Sekarang? Aku bukan lagi diri aku yang aku kenal. Aku bukan lagi Nas yang sentiasa kuat dalam hadapi situasi apapun. Aku bukan lagi Nas, lalu siapa aku sekarang? Adakah aku yang sekarang lebih baik? Atau lebih buruk? Rasa ngantuk ini makin membuak-buak, rasa nak lari dari realiti yang ada. Tapi sedar, sejauh mana pun aku pergi ,realiti akan sentiasa bersama, dan aku takkan boleh lari darinya. Mahu tak mahu, aku terpaksa telan jua kesakitan ini, terpaksa hadap juga meskipun jika suatu hari nanti aku akan gagal. Jadi aku terpaksa hadap juga. Sebab ini realiti yang ditakdirkan untuk aku. Kecewa, sedih, sakit, perit, pedih, akan ku telan semuanya kerna memangg itu takdir aku setakat ini. Jadi biarlah aku berikan sedikit bahagia dalam hidup ini dengan melakukan apa yang aku suka, main game, drama, video. Sekurangnya, ada bahagia sedikit untukku.
Another Life
Sunday, January 9, 2022
Tuesday, December 22, 2020
What will happen?
aku selalu terfikir, apa agaknya yang akan terjadi pada aku di masa depan nanti. kadang2 aku takut, kadang2 aku tak kisah. tapi jujur aku takut dan tak berani nak fikir pun sebenarnya. what will happen? aku selalu mengingatkan diri mungkin akan ada suatu masa nanti, aku akan hilang banyak benda lagi dalam hidup aku, dan pada waktu tu, aku perlu bersedia, hadapi semua tu nanti.
minta dan doa banyak2 supaya diberikan kekuatan. aku tak tau kenapa fikir camtu, maybe aku tak nak menaruh harapan pada masa depan, at least kalau ada benda buruk berlaku, aku dah ready mentally. meskipun aku tak tau metal aku pada waktu tu cukup kuat atau tak.
kita penentu masa depan kita, apa yang kita buat akan mempengaruhi ending hidup kita. dan kalau pun aku dapat sad ending dalam life aku, aku harap aku akan okay dan stay strong dengan life ni.
walapun aku selalu dihantui dengan pemikiran suicide, tapi kalau boleh aku tak nak la buat. satu sebab haram, kalau mati sbb bunuh diri, takkan masuk syurga selamanya. satu lagi sebab dah alang2 aku lahir, aku dh hidup lama, teruskan jela, stay alive and see what will happen tomorrow. takde lah membazir dgn segala pemberian org kepada aku selama hidup ni.
maybe one day aku akan diuji lagi, aku harap akn ada orang disamping aku waktu tu, yang akan bagi semangat hidup pada aku. even macam mustahil, but yeah.. and I hope, at least another part of me will stay strong.
aku tak tau kenapa aku fikir macamni, mungkin sebab aku rasa sedih.. Aigo.. pity you nas.
thats all luahan dari fikiran bodoh aku, harap takde sape triggered. dan aku harap takde sape fikirkan macamni. because this is bad, sbb sedih kot, tu yang fikir bukan2. mana yang baik ambik, tak baik tinggalkan :)
Monday, December 21, 2020
Lone Ranger lead the group
Dalam class, I think my classmate akan fikir yang aku ni memang spesis lone ranger, which tak bergantung sangat pada org, its true pon. Dalam kelas biasalah ada banyak click, so aku antara manusia yang sudah menjelajah semua click2 tu for group project.
Ada certain group aku jadi pasif which is followers, ada yang aku kene jadi leader. semua bergantung pada ahli tu. Aku suka sebenarnya jadi follower, kau rilek je, and everyone dlm group tu aktif bg pendapat dlm discussion. cuma masalahnya aku sllu rasa yang aku ni not enough for them, padahal ada je effort aku buat untuk tolong. tp tulah, overthinking.
tapi bila aku masuk dlm group degn budak2 pasif, Im the one that need to take a charge, akulah yg kene start, mulakn benda2, bagi idea. Dan aku plg tak suka bila dlm group tu semua kata OK, lepastu setuju je dengan aku. Dan aku selalu risau, kot2 diorang ada idea lain tp still takut nak bgtau.
Bagi aku, nak jadi leader group ok je, cuma kn.. communication time ODL. sometimes they don't get your idea, kita dah la tak boleh nak send imaginasi kita kat orang. pastu kadang bila kau beriya, bersemangat cari bahan, ada yang tak take note apa yang aku tulis penat2 dalam wassp. bila buat kerja salah, sbb tak ikut step yang aku bagi. geram jugaklah.
sebab apa tau, bila kita asyik suap2 orang, diorang takkan put an effort untuk gerak, untuk bekerja. kita nak tolong, tapi bila dah terlalu menolong, diorang ambil ringan. tak hargai pon apa yang kita bagi. which is really sad.
kadang silap aku juga sbb rajin sangat, so member lain pon jadi malas. semua nak tunggu aku, kalau aku tak gerak, diorang pon tak gerak. lepastu paling aku takut, kalau2 dorang salahkan aku. padahal kerja ni tanggungjawab semua . so , I learn my lesson, if dlm group work, jangan terlalu suap org, nak tolong boleh, tapi make sure diorang kene bagi effort yang sama.
Aku tak tau la aku ni overthinking ke apa. but I hope my team takkan blame aku la, and diorang juga yang angkat aku jd leader, aku tak nak pon, sbb aku tak berapa suka jadi bossy. nanti orang benci. tulh kan, aku ni overthink betul.
aku cuma harap, dapatlah survive ODL, tolonglah.
Tuesday, November 3, 2020
Sem 3
hai.
ok macam biasa, bila aku dah start nak menulis, which means kepala otak aku dah bising dan penuh.
Jadi, mari baca cerita aku yang membosankan ni.......................
so, semester ke 3 dah pun start, now dah berada di week ke 4, it feel sucks, sbb everything is not going on my way, ada je yang tak kena. week 2 terkena allergic,week 3 period, dan period ni bukan pasal sakit2 ke hape, tp buat badan aku ngantuk dan letih sampai aku rasa kalau boleh aku nak tidur selamanya.
And aku juga ada rasa sebersalah dalam bnyk benda. cumanya satu benda yang aku ok sikit, mood swing aku berkurang sikit sbb aku amalkan makan garlic mentah, minum air halia and amalkan green tea dan exercise sikit. aku sebenarnya rasa sad sikit sebab tak dapat exercise yang memuaskan, sbb dalam bilik, sempit :(
But I feel ok la since makan herba2 ni, chemical dlm otak aku balance sikit. so sad and depression tu berkurang sikit. so far aku ok lagi la. perasaan nak bunuh diri tu kureng dan belum muncul.
nak jogging pun takde kawan, nak keluar tak boleh guna kereta. kalau keluar pun kene soh mak or abang aku drive, which is kadang diorang merungut juga, idk lah kan, but since mak aku tak pernah bagi aku keluar darii kecik lagi, so jadilah drebar aku...
bila cakap pasal kawan ni, aku little bit sad sikit. sebab I feel so lonely. kosong. no one to talk. yes I can talk to my family, but it's far different when talking with friends. hanya memori je yang ada, kadang2 aku imagine kn diri aku sembang dengan orang(berangan dan cakap sorang2). Pathetic kan?
But aku ada sorang kawan ni, dia suka call2 aku, ajak sembang which is good, but.... dia akan sembng pasal diri dia sahaja, pasal kerja dia, dan dia ni pon ada masalah communication juga, which is kadang2 aku tak paham apa yang dia sampaikan.
It's kinda annoying actually when she only talk about herself, which aku tak faham jalan citer dia, kami dah lama tak jumpa. jadi aku tak berapa catch up nak sembang dengan dia. tapi nak jaga hati, aku layankan jela, buat2 dengar. Im sorry beb.
hope aku kuat hadap ODL ni, hope sangat aku ok. hope aku tak sedih and hope aku makin rajin buat assignment di awal waktu.
Tuesday, August 18, 2020
Hina sangat ke jadi lonely?
Dulu aku selalu terfikir, hinakah aku jadi lonely? Hinakah aku bila aku jadi diri sendiri dan buat keputusan sendiri tanpa ikut jejak orang ramai? Hina ke makan sorang2? Hina ke jalan sorang2?
Dulu memang ya, aku rasa terhina. Tapi bukan benda tu yg hina, tapi disebabkan orang lain yang hina apa yang aku buat.
Disebabkan diorang yang terlampau judgemental dengan kehidupan aku, jadi diorang hina apa yang aku buat dimata yang diorang benda tu pathetic. Jadi lonely.
Tapi bila aku tengok friendship diorang yang toxic, aku rasa puas, aku rasa padan muka diorang. Better jadi lonely macam aku, drpada jadi sahabat yang hipokrit macam diorang.
Jadi lonely ni x lah teruk mana, best juga kadang2. Kau tak terikat dengan apa2, you can lead your life the way you want it to be. Kau ada masa untuk life kau drpd terpaksa fikirkan hal orang lain.
Think about it, aku sepatutnya happy je jadi lonely, tak sepatutnya aku malu dan rasa terhina. Tak sepatutnya aku makan kata2 mereka. Aku patutnya bersyukur, banyak lagi orang yang hari2 dia berdoa untuk keluar drpada friendship or relay toxic yang akhirnya hanyalah buat kita sakit hati.
Tapi aku taklah kata jadi lonely everytime is good. But, sometimes dalam hidup kita tak perlu ikutkan apa yang orang buat. Sometimes kita tak perlu dengar pun kata2 buruk yang orang bagi kita.
Sometimes ada baiknya bergerak sendiri, dan jadi diri sendiri tanpa perlu sentiasa mengharapkan orang lain. Belajar untuk adapt hidup tanpa hanya melihat jari telunjuk orang. Hidup dengan bebas, dan carilah jalan hidup yang sesuai dengan kita.
It's okay to be by yourself, because it will make us stronger and independent. Apa orang panggil, "solitude".
Hidup kita akan lebih pathethic bila dimana kita tiada jati diri dan hanya bergantung pada orang lain. Kerana tidak setiap masa orang akan ada bersama kita, dan tidak setiap masa orang akan hargai kita.
Be yourself, jangan malu untuk jadi diri sendiri, dan jangan malu untuk bergerak sendiri. Dan kalau pun kau seorang introvert, janganlah malu dan hina diri sendiri. Apapun love yourself dan jangan dengar cakap orang k.
Wednesday, July 22, 2020
Aku nak cari bantuan
Saturday, July 4, 2020
Pembuli
Pathetic
Thursday, July 2, 2020
Nak jadi macam diorang juga :(
I've been thinking that the time we have to be single, is really the time we have to get good at being alone.The thing about being single is, you should cherish it. Because in a week or a life time of being alone, you may only getting one moment.One moment, when you're not tied up in a relationship with anyone. One moment when you stand on your own. Really truly single. And then.... it's gone.
Wednesday, July 1, 2020
Kesan daripada Depression, apa jadi pada aku?
Tuesday, June 30, 2020
Hidup aku
Kosong dan Hilang
Aku merenung skrin laptop yang terpapar, rasa blank, rasa kosong sahaja fikiran ini tanpa sebarang idea. Ter tanya kemana hilangnya diriku...
-
Dulu aku selalu terfikir, hinakah aku jadi lonely? Hinakah aku bila aku jadi diri sendiri dan buat keputusan sendiri tanpa ikut jejak orang ...


