Tuesday, June 30, 2020

Hidup aku


hi :)
 
kadang sampai harini aku terfikir, apa aku nk buat dengan hidup aku, padahal dah masuk uni, belajar kos yang memang aku minat, tapi kenapa tiba2 aku fikir camtu. maybe salah satu sebab kerana aku dah hilang motivasi belajar. Belajar ODL, mana nak feel, lect pon xde dpn muka. Aku ni ada masalah sikit kalau nk belajar kat rumah. Dulu aku duduk asrama dr f1 sampai f5, kalau balik cuti kat rumah memang aku lepas rindu habis-habisan dgn tv, tidur & lain2.

Aku memang dr dulu liat buat hw yg cikgu bg, berapa berat beg aku penuh dgn buku, memang xkn jalan, so memang mlm Isnin dgn tapak perhimpunan la tempat aku speed up aku punya tangan dan aku punya precious brain nk buat hw.

Jadi dipendekkan cerita, bila balik cuti, memang aku spend time dgn hidup aku, family, holiday puas2, layan drama or tv yg selama ni aku xdpt layan waktu kat asrama. Now, rasa impress jugakla dgn diri sendiri sebab berjaya sentuh hw & assignment kt rumah masa MCO ni. Mula2 oklah, lama2 rasa xde mood, rasa sunyi. lonely gila. takde kawan sebaya nak sembang, everything is myself. susah senang buat assignment, aku lalui sendiri. Bukan x de classmate, semua classmate aku jenis yg baik, peramah, caring. cuma aku cm susah nk rapat dgn budak clasmate sendiri.

Mungkin sebab  traumatised dengan classmate lama time aku sekolah. Aku memng biasa kamceng dgn yg bukan classmate. ada cerita dia, nanti kalau aku ada mood and masa, maybe aku akn cerita. But aku sayang gila classmate aku sekarang, cuma maybe diorang anggap aku ni sibuk and suka buat hal sendiri. maybe, aku x tau. 

so bila aku ni jenis yg x berapa nk harapkan mereka dlm hal ehwal membuat assignment individual, aku jd berdikari. Tapiii, aku lonely. Aku boleh je nk call or wassp 24 hours dgn kwn2, aku ramai kwn. Tapi aku x feel, aku lebih suka kalau ada depan2, ckap and sembang for real. Kalau stakat wassap, kadang bg emoji gelak untuk jaga hati member walaupun apa yg dia mesej tu x lawak. Jujur aku buat camtu, and rasa x best. Aku lagi suka kalau ada kwn yg boleh sembang sama2 face to face. eye contact, all out the drama. Baru best.

jd sebb aku lack of motivation, rasa lonely, jadi malas, mulalah tangguh kerja. ni esok aku ada assignment nk hantar, 2 test. fuhh. aku boleh rilek2 tulis blog. aku act memng org yg sgt chill, rilex, tapi tunggulah PANIC MONSTER aku keluar. Barulah rasa macam ditumbuk olek sang kenyataan. Padan muka sape suruh x buat keje awal.

Right now, aku masih lagi mencari diri aku, kadang aku rasa aku tau apa aku nak, kadang aku lost. aku tak tau apa aku nak buat. Kadang2 aku highly motivated, kadang2 aku boleh down tiba2. Masih dlm proses mengenal diri setelah sekian lama hidup dlm expectation org, now is the time aku cari hidup aku, dan impian serta kemampuan sebenar aku. Cuma sekarang aku nak servive ODL je, x sabar nak habis sem. aku nak student life aku balik, bukan online class and study atas katil cmni. 

Aku tak harap banyak, cuma smoga aku dpt petunjuk & hidayah Allah untuk harungi hidup ni, supaya aku sentiasa berada di jalan yang betul. Aku tak mau menyesal lagi. Dah cukup menyesal dgn bnyk kesilapan. Aku bukan manusia yg sempurna, dan kerana itu aku perlu sentiasa bermuhasabah dan perbaiki balik apa yg x betul.

sekian luahan harini. byee ✋✋✋

No comments:

Post a Comment

Kosong dan Hilang

  Aku merenung skrin laptop yang terpapar, rasa blank, rasa kosong sahaja fikiran ini tanpa sebarang idea. Ter tanya kemana hilangnya diriku...